Saturday, October 31, 2009

Sakit itu rahmat

Aduiiii..

Ari nie dh 3 ari aku sakit pinggang & blkg. Sakitnya bukan kepalang, sampai nk jalan pun seksa amat. Kwn aku ckp ko jln mcm org tgh pantang..huhu...mmg pun. Aku mmg xbleh nk tahan, mkn ubt pun xjalan jgk. Sampaikan nk mkn pun kwn aku yg tlg belikan.. Aku dah tak larat nak baring je, pastu pandang syiling, boring tu...Harap2, cepat sembuhlah. Selamat lah aku tgh free skrg, xde paper exam.. Klu tak.... Mula2 ingat xnak col mak aku, bukan pe, nnt risau lah plak dia, tapi akhirnya aku terpaksa mengalah jgk, slmt lah mak aku nurse, so bleh tau gak ubat pe nk makan. Mak aku nie, mesti bekalkan aku mcm2 ubat...so mampulah aku bertahan sblum dptkn rawatan lanjut. Siap pesan lagi minum air masak byk2. Aku pun pe lagi, just say, ok boss..hehe.. Tak pelah mungkin setiap peristiwa atau musibbah itu sesunguhnya ada hikmahnya, cuma kita selalu mengeluh, sebelum melihat rahmatnya disebalik yg tersurat.

Renungan..

Jgn terlalu mencari kesempurnaan....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...