Saturday, December 26, 2009

Info

Akta akan dipinda beri hak Orang Asli miliki tanah


TANJUNG MALIM 24 Dis. – Akta 134 Kanun Tanah Negara (KTN) akan dipinda bagi membolehkan Orang Asli diberikan hak untuk memiliki tanah di negara ini.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pindaan tersebut antara lain melibatkan aspek takrifan Orang Asli, pembahagian harta pusaka dan lain-lain perkara berkaitan seperti dipersetujui dalam Majlis Tanah Negara pada mesyuaratnya baru-baru ini.

Menurutnya, persetujuan untuk pindaan akta itu akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.

“Kementerian telah mengemukakan cadangan pindaan dalam Akta 134 dan ia sedang diperhalusi oleh Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar selepas menutup Program Jejak Siswa Pelajar Orang Asli peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) 2009 di Felda Residence Trolak, Sungkai dekat sini hari ini.

Sebanyak 210 anak Orang Asli mengikuti program yang berlangsung sejak 21 Disember lalu.

Mohd. Shafie berkata, Akta 134 sedia ada hanya membolehkan sesuatu kawasan tanah itu diwarta dan dirizabkan untuk Orang Asli tanpa diberikan hak milik.

“Selagi akta ini tidak dipinda, Orang Asli tidak mendapat hak milik tanah seperti kaum lain yang termaktub dalam KTN.

“Kita perlu memberi penjelasan kerana kerajaan mahukan Orang Asli menikmati hak yang sama rata dengan kaum lain di negara ini,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, kerajaan sentiasa meningkatkan kemudahan infrastruktur termasuk rumah dan jalan raya bagi memastikan taraf hidup rakyat ditambah baik.

“Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian menetapkan usaha membangun dan pembabitan Orang Asli diberi perhatian ke arah pencapaian berkesan,” katanya.

Bagi mencapai tujuan tersebut kata Mohd. Shafie, kerajaan juga akan memastikan anak Orang Asli mendapat pendidikan yang berkesan.

“Kalau ada anak Orang Asli yang sedang belajar di IPTA memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 4.0, mereka akan dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shafie berkata, anak Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke IPTA menikmati biasiswa setaraf dengan bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu RM3,500 bagi peringkat sijil setiap semester, diploma (RM5,000), ijazah (RM6,500) dan ijazah perubatan (RM7,000).

“Kita pertingkatkan bantuan biasiswa ini supaya anak Orang Asli tidak terbeban dalam usaha mendapatkan ilmu,” katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak 368 anak Orang Asli sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan sejak 2008 hingga November tahun ini.

Tambah Mohd. Shafie, kerajaan akan terus membantu masyarakat Orang Asli dalam bidang ekonomi dan kesihatan bagi meningkatkan taraf hidup golongan itu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Thursday, November 26, 2009

Hari yang menyedihkan


Dah hampir dua minggu kucing aku xbalik rumah. Biasanya hari2 dia kan balik, Gendut di mana kau ???. huhuh.. Sedihnya dah hampir 3 tahun aku bela dia, dari dia lahir sampai lah jd kucing jantan yg gagah nie. Mungkin jauh sgt dia jalan, sampai dah lupa nak balik rumah. Aku harap gendut hidup lagi. Banyak sangat kenangan aku dgn gendut. Dulu masa dia kecik, badan dia gemuk, comey tu pasal aku panggil dia Gendut. Kuat makan plak tu.. Kucing yg nie senang aku jaga. Dulu dia selalu tido dlm rumah, tapi bukan tido dgn aku lah, biasnya tempat fav dia tido adalah atas kerusi dgn bwh meja atas paper. hihii..Lucu lah Gendut nie. Bila dia tido dlm rumah, aku tak perlu risau pasal bahan kumbahan dia...heeeh, sbb dia pandai sendiri buang kat toilet. Aku pun tak tau mcm mana dia pandai, sbb aku mmg tak penah ajar dia guna tiolet pun, biasanya dia akan buang kat luar. Dulu mmg Gendut selalu duduk rumah sebab aku aku, tapi bila aku dah masuk universiti, dia pun dah tak de kawan kot. Tapi bila cuti aku blik rumah, manja sangat dia, siap guling-guling dekat kaki aku. Baiasanya aku balik naik bus ptg, sampai rumah dah lewat dekat pukul 12 mlm, Gendut, tau2 je aku bilk, aku sampai rumah dia pun dah ada kat gate. Kadang2 tu walau aku sampai pukul 4 pagi pun dia still nak masuk rumah. Walaupun seharian dia tak balik rumah, tapi bila pagi2 lagi dia dah bising nak makan..meow..meow... dah lah suara dia kuat. Tapi bagus jugak, sebab suara dia yg kuat tu lah aku tak terlajak tido. Tapi sekarang dia dah hilang. Mungkin dia dah besar, nak rasa kebebasan, tanpa dikongkong oleh aku, mcm aku jgk..mahukan kebebasan. Selamat tinggal Gendut....

Wednesday, November 18, 2009

Sepi

Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku kekasihku syurgaku,
Tanpa dia malam menemani aku,
Sepi memelukku,
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam,
Biar ia sepi sepertiku,




Friday, November 13, 2009

Berfoya-foya di waktu mlm

Horrey, akhirnya aku slmt sampai ke rumah juga. Cuti sem dah mula..tapi tak boleh enjoy sbb kena pegi field buat research aduii.. terpaksa lah demi tesis kn. Last paper exam, emmm..susah nk kate, mmg lah penuh skrip exam tu, tapi jawapannye mcm kurang power je..huhuh.. Ok lupa kan yang dah lepas..yg penting skrg aku dh smpai rumah, dpt jumpe kucing aku...kangan bangat sama kucing aku sekor nie.. smalam sbb dah abis exam, sok kami pun rancang nk gi berfoya2..hahha..lps antar kwn aku naik bus kt terminal, kami pn tetiba sampai idea nk pegi kajang, walaupun dah pukul 8 mlm. Semuanye gara2 kwn aku yg sorang nie nk sangat makan ayam goreng McD.. Hahaha..kami pun dengan penuh semangat naik lah bus mini 80 sen gi kajg..Sampai kt metro, aku teringin plak nak mkn nenas potong yg manis tu, tapi hampanya dah abis..wahhh..wahh Nak buat mcm mana tak de rezeki kn. Lagi pn dah lewat, mestilah abis kn. So kami bertiga pn berjalan lah ke McD, sampai kt sama, ayam yg di idamkan plak dah abis, kena tunggu 45minit lg..Kesiannye kwn aku nie, sungguh2 nk mkn ayam tp lame sgt..huhu.. untuk terus xmengecewakan mereka2 yg mengidam nie, kami pun masuklah KFC.. aku xmkn pun sbb dh beli porridge ayam kt McD. Lepas siap mkn kami pun jalan2 kt kedai yg berkenaan, niat hati nk cari recorder voice, tapi banyak choice lah pulak. Kwn aku ajak masuk metro, first masuk watsons pusaing2 pastu kami keluar..tak beli pe pun.haha.. Lastly masuk Giant, aku beli my fav choc..apa lagi cadbury lah..ada percuma lah.. Puas ati aku.. dan kesudahannya kami balik ke kolej naik bus rapid last. Sebenarnya rancangan kami nk berfoya2 dr pagi, tapi disebabkan kena masukkan brg dlm stor, so kami batalkan je tambahan plak petang tu hujan + kilat + guruh = menakutkan. Tetiba plak naik penyakit giler jalan kami nie, ptg tu kami kluar jgk walaupun dah lewat. Blik penat2 pastu mandi, kemas brg2 skit..aku pn tido..Penat jgk



I love cadbury...

Saturday, November 7, 2009

Full house

Full house


My Girl

Never Say goodbye - Mario & Nesty




My Girl2


Friday, November 6, 2009

Cerita yang sangat mengerikan..

Okey aku nak share story yang agak mengerikan skit. Walaupun dulu aku ada ambik subjek Keluarga dan Kekerabatan, tapi tak plak soalan exam yang macam nie..huhu..Mesti korang pelik kan ape kaitan subjek kekeluargan dengan citer nie kan. Apa pun, korang baca lah sendiri, semoga citer nie mampu merangsang perkembangan minda anda hihihi...Layannn..


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahahahahahhah aha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo. .nenoooo. .
phewiiittttt tebabooooooooooo. . aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan semua nih!! Renung2 kan dan selamat beramal…hiii..

Thursday, November 5, 2009

A beautiful story


Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?



An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his
young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen
table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried
to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you
but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I
close the book. What good does reading the Qur'an do?'
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of
water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back
to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a
little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to
try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty
before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was
impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water.
You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the
boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak
out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into
river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again
empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it
is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket
was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was
now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand
or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside
and out. That is the work of Allah in our lives.

Wednesday, November 4, 2009

Papadom

Judul: PapaDom
Genre : Drama/Komedi
Pengarah : Afdlin Shauki
Kos penerbitan : RM 1.44 juta
Pelakon :
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanida Imran (Prof. Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)


Sinopsis :

Minggu nie sebenarnya aku byk free coz, exam tinggal satu je lagi paper, tu pun next week exam. Major paper..huhuh.. so aku pun abiskan masa dgn duit pegi tengok wayang kat Mid Velly. Jalan2, tapi aku tak beli apa pun, tak ada yg berkenan. So last2 dah penat berjalan rasa nak duduk plak. Tetiba rasa macam nak tengok wayang, citer PapaDom. Orang kata citer nie best, yelah dah menang banyak awards kt FFM22 kan. PapaDom telah memenangi Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. Aku cadangkan pada sape yang belum tengok lagi, pegi lah, mmg tak rugi. Citer nie, klu boleh diumpamakan bagi aku secukup rasa..semua ada. Aku pun nangis, terharu...mmg susah nak jadi seorang ayah. Apa2 pun, permulaan yang baik dalam usaha mengangkat martabat filem kita. Memang betu kata FINASl, Filem kita wajah kita. Kalau kita sendiri tak cuba untuk menerima filem kita, sapa lagi kan. Jangan kita hanya menila pada luaran, sebelum melihat isinya.

Ok lah, aku citer kan sikit sinopsis citer nie, citer nie tentang seorang lelaki bernama Saadom yang begitu kuat bekerja mengusahakan kedai makan, untuk memberikan kesenangan kepada isteri dan anaknya sehinggakan dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Namun segala-galanya berubah setelah isterinya kemalangan dan meninggal dunia selepas menghadiri majlis anugerah anaknya di sekolah. Saadom mula berubah sikap dan memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada Miasara. Kerana sesalan akibat sikapnya yang dahulu mengabaikan keluarga, Saadom begitu mengawasi setiap pergerakan anaknya, sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin. Ke mana sahaja anaknya berada, dia sentiasa berada di sisi. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan Miasara merasa terkongkong dengan setiap pergerakan ayahnya. Kemuncak pada cerita ini berlaku di mana Miasara mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di IPTA dan akan meninggalkan Saadom. Miasara tidak mahu, ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya ayahnya masih berbuat demikian. Saadom terpaksa akur dengan kehendak anaknya, namun dia masih mempunyai rancangan yang tersendiri untuk terus bersama Miasara. Saadom telah memohon jawatan sebagai tukang kebun di universiti tempat Miasara belajar agar dapat terus mengawal dan melihat anaknya. Jalan cerita nie memang menarik, apa2 tahniah buat Afdlin kerana telah menberikan sebuah hadiah yang menarik buat semua ayah di dunai nie.

Finally, value pada movie nie adalah, hargai dan sayangilah ayah kita, selagi kita boleh memanggilnya ayah, abah, papa or abi. Kadang2 cara seorang ayah utk pamirkan rasa sayang dia pada kita, tak sama macam mana seorang ibu menunjukkan kasih sayangnya... Sayangnya ayah pada kita mungkin tidak diluahkan dengan kata2, tapi mungkin dengan tindakannya. I luv u abah !


Memori Duka - Sons of Adam

Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah

Siapa diriku disisi mu - Hetty Sarlene

haloo... aku nk share jugak, antara my fav songs. Lagu nie nyanyian Hetty Sarlene. Maksud dia mmg mendalam and aku suke lagu nie. Menyentuh kalbu..wauuuuu... so korg bleh layan jgk lagu nie... byk kali jgk aku dgr..sedih tuu...huhuh...

Hembusan angin bagai membawa berita
Berita yang mengecewakan ku
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan
Namun ku tabahkan hati ini
(Bridge)
Sayangku…ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderaian
Tidak seorang pun yang memahami
Hati dan perasaanku
(Korus)
Kerna cintakan mu ku jadi begini
Kerna sayangkan mu ku telan semua
Betapa hebatnya kau di hati ini
Kenapa kau tak pernah fikirkan aku (hatiku)
Kenapa si dia jadi pilihanmu
Ku sedar siapa diriku di sisimu (hatimu)
Di sisimu…
Ku harap suatu hari kau kan mengerti kasih
Siapa diriku di sisimu
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai
Ia bagai angin yang berlalu
(Ulang bridge & korus 2x)


Saturday, October 31, 2009

Sakit itu rahmat

Aduiiii..

Ari nie dh 3 ari aku sakit pinggang & blkg. Sakitnya bukan kepalang, sampai nk jalan pun seksa amat. Kwn aku ckp ko jln mcm org tgh pantang..huhu...mmg pun. Aku mmg xbleh nk tahan, mkn ubt pun xjalan jgk. Sampaikan nk mkn pun kwn aku yg tlg belikan.. Aku dah tak larat nak baring je, pastu pandang syiling, boring tu...Harap2, cepat sembuhlah. Selamat lah aku tgh free skrg, xde paper exam.. Klu tak.... Mula2 ingat xnak col mak aku, bukan pe, nnt risau lah plak dia, tapi akhirnya aku terpaksa mengalah jgk, slmt lah mak aku nurse, so bleh tau gak ubat pe nk makan. Mak aku nie, mesti bekalkan aku mcm2 ubat...so mampulah aku bertahan sblum dptkn rawatan lanjut. Siap pesan lagi minum air masak byk2. Aku pun pe lagi, just say, ok boss..hehe.. Tak pelah mungkin setiap peristiwa atau musibbah itu sesunguhnya ada hikmahnya, cuma kita selalu mengeluh, sebelum melihat rahmatnya disebalik yg tersurat.

Renungan..

Jgn terlalu mencari kesempurnaan....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...