Thursday, November 26, 2009

Hari yang menyedihkan


Dah hampir dua minggu kucing aku xbalik rumah. Biasanya hari2 dia kan balik, Gendut di mana kau ???. huhuh.. Sedihnya dah hampir 3 tahun aku bela dia, dari dia lahir sampai lah jd kucing jantan yg gagah nie. Mungkin jauh sgt dia jalan, sampai dah lupa nak balik rumah. Aku harap gendut hidup lagi. Banyak sangat kenangan aku dgn gendut. Dulu masa dia kecik, badan dia gemuk, comey tu pasal aku panggil dia Gendut. Kuat makan plak tu.. Kucing yg nie senang aku jaga. Dulu dia selalu tido dlm rumah, tapi bukan tido dgn aku lah, biasnya tempat fav dia tido adalah atas kerusi dgn bwh meja atas paper. hihii..Lucu lah Gendut nie. Bila dia tido dlm rumah, aku tak perlu risau pasal bahan kumbahan dia...heeeh, sbb dia pandai sendiri buang kat toilet. Aku pun tak tau mcm mana dia pandai, sbb aku mmg tak penah ajar dia guna tiolet pun, biasanya dia akan buang kat luar. Dulu mmg Gendut selalu duduk rumah sebab aku aku, tapi bila aku dah masuk universiti, dia pun dah tak de kawan kot. Tapi bila cuti aku blik rumah, manja sangat dia, siap guling-guling dekat kaki aku. Baiasanya aku balik naik bus ptg, sampai rumah dah lewat dekat pukul 12 mlm, Gendut, tau2 je aku bilk, aku sampai rumah dia pun dah ada kat gate. Kadang2 tu walau aku sampai pukul 4 pagi pun dia still nak masuk rumah. Walaupun seharian dia tak balik rumah, tapi bila pagi2 lagi dia dah bising nak makan..meow..meow... dah lah suara dia kuat. Tapi bagus jugak, sebab suara dia yg kuat tu lah aku tak terlajak tido. Tapi sekarang dia dah hilang. Mungkin dia dah besar, nak rasa kebebasan, tanpa dikongkong oleh aku, mcm aku jgk..mahukan kebebasan. Selamat tinggal Gendut....

No comments:

Post a Comment