Wednesday, November 4, 2009

Papadom

Judul: PapaDom
Genre : Drama/Komedi
Pengarah : Afdlin Shauki
Kos penerbitan : RM 1.44 juta
Pelakon :
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanida Imran (Prof. Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)


Sinopsis :

Minggu nie sebenarnya aku byk free coz, exam tinggal satu je lagi paper, tu pun next week exam. Major paper..huhuh.. so aku pun abiskan masa dgn duit pegi tengok wayang kat Mid Velly. Jalan2, tapi aku tak beli apa pun, tak ada yg berkenan. So last2 dah penat berjalan rasa nak duduk plak. Tetiba rasa macam nak tengok wayang, citer PapaDom. Orang kata citer nie best, yelah dah menang banyak awards kt FFM22 kan. PapaDom telah memenangi Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. Aku cadangkan pada sape yang belum tengok lagi, pegi lah, mmg tak rugi. Citer nie, klu boleh diumpamakan bagi aku secukup rasa..semua ada. Aku pun nangis, terharu...mmg susah nak jadi seorang ayah. Apa2 pun, permulaan yang baik dalam usaha mengangkat martabat filem kita. Memang betu kata FINASl, Filem kita wajah kita. Kalau kita sendiri tak cuba untuk menerima filem kita, sapa lagi kan. Jangan kita hanya menila pada luaran, sebelum melihat isinya.

Ok lah, aku citer kan sikit sinopsis citer nie, citer nie tentang seorang lelaki bernama Saadom yang begitu kuat bekerja mengusahakan kedai makan, untuk memberikan kesenangan kepada isteri dan anaknya sehinggakan dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Namun segala-galanya berubah setelah isterinya kemalangan dan meninggal dunia selepas menghadiri majlis anugerah anaknya di sekolah. Saadom mula berubah sikap dan memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada Miasara. Kerana sesalan akibat sikapnya yang dahulu mengabaikan keluarga, Saadom begitu mengawasi setiap pergerakan anaknya, sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin. Ke mana sahaja anaknya berada, dia sentiasa berada di sisi. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan Miasara merasa terkongkong dengan setiap pergerakan ayahnya. Kemuncak pada cerita ini berlaku di mana Miasara mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di IPTA dan akan meninggalkan Saadom. Miasara tidak mahu, ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya ayahnya masih berbuat demikian. Saadom terpaksa akur dengan kehendak anaknya, namun dia masih mempunyai rancangan yang tersendiri untuk terus bersama Miasara. Saadom telah memohon jawatan sebagai tukang kebun di universiti tempat Miasara belajar agar dapat terus mengawal dan melihat anaknya. Jalan cerita nie memang menarik, apa2 tahniah buat Afdlin kerana telah menberikan sebuah hadiah yang menarik buat semua ayah di dunai nie.

Finally, value pada movie nie adalah, hargai dan sayangilah ayah kita, selagi kita boleh memanggilnya ayah, abah, papa or abi. Kadang2 cara seorang ayah utk pamirkan rasa sayang dia pada kita, tak sama macam mana seorang ibu menunjukkan kasih sayangnya... Sayangnya ayah pada kita mungkin tidak diluahkan dengan kata2, tapi mungkin dengan tindakannya. I luv u abah !

No comments:

Post a Comment