Sunday, September 4, 2011

Martabak Meggi..


Biasanya kita makan martabak ayam dan daging. Tapi klu orang bujang or student mesti dah biasa dengan martabak meggi. Resepi yang sangat simple untuk di buat.. So untuk breakfast pagi tadi, saya buat martabak meggi yang saya belajar dari kawan2 jugak... Boleh gunakan apa shj bahan tambahan, sama ada isi ayam, daging dan kalau nak tambah serbuk kari pun boleh, ikut citarasa dan apa yang ada kt dapur..

Bahan2 :

-1 bungkus mee segera jemana meggi perisa kari
-2 biji telur ayam
-2 biji cili padi
-1 ulas bawang merah
-sedikit garam
-sedikit lada sulah
-sedikit daging ayam

Cara buat:

- Mula2 kita masak meggi dengan air panas @ rendamkan dengan air panas. Jangan terlalu lama, nanti terlalu kembang. Angkat dan toskan..

- Isi ayam tadi, boleh rebus dulu selepas dipotong dadu or kecil2..

- Masukkan hirisan cili padi + bawang + lada sulah + ayam serta perencah meggi tadi. Gaulkan. Pukul telur hingga kembang dengan sedikit garam. Kemudian tuangkan kedalam bekas campuran meggi tadi.

- Kemudian goreng, gunakan sedikit minyak.

-Tarra...da siap pun. Martabak nie boleh tambah apa sahaja bahan yang kena dengan citarasa anda. Untuk pagi tadi sy guna apa shj bahan yg ada didapur. Sesuai dimakan dengan sos cili dan mayonis... Nak makan dengan kuah kari pun boleh..:-)



No comments:

Post a Comment