Thursday, December 6, 2012

Interview Pembantu Perhubungan Perusahaan.

Wahhh.. lama sudah x masuk my blog.. Sibuk sgt keje..keje..keje.. So hari nie saya nk share skit pasal interview. Syukur sbb rezeki saya dapat 2 interview jawatan yang sama, cuma  berbeza gred S17 dan S27. Firstly 25 November 2012, sy pegi untuk jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan. This is my first time. Memang nervous sgttt.. saya dapat no 18.. Emm ada 2 orang panel yang interview. Kedua-duanya lelaki. Antara yg ditanya : 

~ Perkenalkan diri anda
~ So disebabkan saya ada degree, maka panel tu pun tnya, dah berapa kali pergi interview ? - saya jawab ini pertama kali selepas saya tamat pengajian. Dan dia juga maklumkan jawatan nie hanya gred 17. 

~ Soalan seterusnya, sekarang buat pe ? ceritakan tentang kerja anda sekarang
~ Tahu x berkenaan jawatan yg dipohon? (skop tugasan)
~ Macam mana tugasan saya sbg pembantu perhubungan perusahaan nie, dapat membantu komuniti kecil seperti Orang Asli menggunakan medium nie? - soalan nie lebih kepada idea dan aplikasi kerja dan persekitaran kita, 
~ sebenarnya, panel lebih banyak bertanya soalan2 yang biasa pd sy... dan sy juga maklumkan yg sy juga ada pergi  peperikasan pegawai gred 41 dan lulus. ( Tu pun setelah panel tu tanya2 mcm..sy xpandai nk menipu..heheh) 
~ so panel pun ckp moga ada rezeki utk jawatan tu..dan mereka sgt sporting..
~ Antara soalan lain, berkenaan bidang kursus yg saya ambil masa degree... Degree Antopologi and Sosiologi nie mcm ner ? boleh baca tingkahlaku org x?
~ dia juga tanya kerja skrg mcm mana? 

~ Panel juga ada tnya beberapa soalan berkenaan personaliti sy, warna pe yg saya suka, pokok pe saya suka. 

~ keseluruhanya ok lah interview nie utk memberi pengalaman pada saya dan dia nasihatkan saya fokus dan buat yang terbaik utk interview seterusnya S27... sekian lega..lega...

Monday, April 30, 2012

Begini caranya..

BEGINI CARANYA....


Hidup ini memang mcm2 dugaan..kadang2 ada yg diluar kemampuan kita...tapi sebenarnya DIA tak akan menguji seseorngnya hambanya diluar kemampuan dirinya sendiri.. Sungguh aku sangat tertekan..dgn keje..dgn perkara disekeliling.. sangat2 perlukan dia skrg....perlukan teman utk bercerita...

Sunday, September 4, 2011

Martabak Meggi..


Biasanya kita makan martabak ayam dan daging. Tapi klu orang bujang or student mesti dah biasa dengan martabak meggi. Resepi yang sangat simple untuk di buat.. So untuk breakfast pagi tadi, saya buat martabak meggi yang saya belajar dari kawan2 jugak... Boleh gunakan apa shj bahan tambahan, sama ada isi ayam, daging dan kalau nak tambah serbuk kari pun boleh, ikut citarasa dan apa yang ada kt dapur..

Bahan2 :

-1 bungkus mee segera jemana meggi perisa kari
-2 biji telur ayam
-2 biji cili padi
-1 ulas bawang merah
-sedikit garam
-sedikit lada sulah
-sedikit daging ayam

Cara buat:

- Mula2 kita masak meggi dengan air panas @ rendamkan dengan air panas. Jangan terlalu lama, nanti terlalu kembang. Angkat dan toskan..

- Isi ayam tadi, boleh rebus dulu selepas dipotong dadu or kecil2..

- Masukkan hirisan cili padi + bawang + lada sulah + ayam serta perencah meggi tadi. Gaulkan. Pukul telur hingga kembang dengan sedikit garam. Kemudian tuangkan kedalam bekas campuran meggi tadi.

- Kemudian goreng, gunakan sedikit minyak.

-Tarra...da siap pun. Martabak nie boleh tambah apa sahaja bahan yang kena dengan citarasa anda. Untuk pagi tadi sy guna apa shj bahan yg ada didapur. Sesuai dimakan dengan sos cili dan mayonis... Nak makan dengan kuah kari pun boleh..:-)



Kek Coklet Kukus..



Semalam saya try buat kek coklet kukus plak. Hasilnya...jadi..jadi..jadi..Sukenya... Cuma kek tu kembang sampai merekah jadinya..mybe sebab terlebih serbuk soda bikabornat.
Ok kt sini saya sertakan resepi kek kukus nie, yg saya dapat dr kakak Jannah.

Bahan2:

-1 cawan serbuk koko ( sy guna jenama van Houten)
-1 cawan gula pasir
-1 cawan susu air/ susu segar
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak masak
-1 cawan setengah tepung gandum
-1/2 sudu kecil soda bikabonat
-3 biji telur

Untuk toping :

-Coklet masakan
-coklet cadbury
-marjerin

Cara buatnya :

* Mula2 masak serbuk koko + gula + susu cair + susu pekat manis + minyak. Masak sampai semuanya sebati dan lebur. Guna api yang kecil supaya masakan tak hangus. Tak lama sangat, agak dah lebur boleh tutup api dan sejukkan.

* Tepung gandum dan soda bikabonat diayak sampai sebati. Blend telur ayam.

* Bila masakan td dah sejuk boleh campurkan tepung gandum yang dan diayak dengan soda bikabonat + telur. Kacau sampai sebati dan acuan nampak lembut.

* Masukkan dalam loyang yang dah disapu dengan sedikit majerin. Kukus lebih kurang 45 minit.
* Bila kek dah masak, sejukkan dulu baru toping.

* Untuk toping leburkan coklet masakan dan cadbury serta majerin. Coklet ini guna kan sedikit je. Mybe dlm 3 bar panjang. Ikut saiz kek kita k. Leburkan guna kaedah double boiler. Lepas tu boleh sapu atas kek n hiaslah pe2 yang suka..Tp sy letak hirisan badam... Letak dalam peti sejuk utk beberapa jam sebelum dipotong dan makan. Yummy..yummy...sedap !!






Thursday, September 1, 2011

Puding Koktel Berkuah

Petang nie hujan lebat n kejap2 blackout..pas tu ok..blackout balik..ok balik..akhirnya blackout lama jugak, lebih kurang sejam setengah.. Ok, sebenarnya nie kali pertama aku buat puding koktel nie. Dah lama nak cuba buat, cuma tak berkesempatan je.. Hasilnye..oklah cuma ada berberapa part yg aku tak puas ati skit.. Buat puding dalam gelap dan hujan lebat..

Firstly..kastard aku buat tu berketul2..mbye aku masukkan time air dah panas
Secondly..kuah puding tu mcm santan yg nk pecah minyak..mgkin sbb aku masukkan buah2 tin ke dalam susu cair yg masih belum sejuk sepenuhnye..
Apa2 pun aku berpuas ati lah, biasalah bila first time kita mencuba sesuatu yg baru mesti ada kekurangannya...macam mula2 kita belajar memasak..ada yg hangus, itam, xberapa masak dll.. hehehe.. Kt sini ada resepi mcm mana nak buat puding nie.. Resepi nie pun aku cari dalam internet..

Bahan2nye adalah:

Bahan utk puding,

~ 1 cawan tepung kastard
~ 1 cawan gula
~ 5 cawan air
~ 1 cawan santan
~ sedikit garam

Bahan2 utk kuah,

~ 1 tin susu cair
~ 2 tin air masak (gunakan sukatan tin susu cair)
~ 1/2 cawan gula
~ sedikit garam

~ nata de coco
~buah2 koktel
~ agar2

Ok, cara buatnye pula:

PUDING = Masuk semua bahan puding, masak hingga sebati dan pekat. Lepas tu sejukkan dalam acuannya..

KUAH = Panaskan susu + air + gula ( masak jgn sampai mendidih), kemudian sejukkan.

Akhirnya, bila kuah puding dah sejuk serta puding tadi dah keras, boleh lah kita potong puding tu n masuk ke dalam kuahnye.. juga masuk sekali nata de koko dan buah2 koktel. Bila da betul2 sejuk baru masukkan bahan2 tadi. Ok, aku ada buat add on skit dengan masukkan agar2 biar nampak cantik dan menyelerakan nak makan. Ada warna-warni lagi. Untuk agar2 tu, just buat yg simple2 mcm agar2 sirap n warna hijau. Bila dah keras kita potong kecil2.. TAPI aku akan masukkan agar2 tu bila nak makan dengan puding, aku x masukkan terus dalam kuah2 yang dan bercampur dengan bahan2 tambahan tadi. Sebabnya nnt bila agar2 dah bercampur dalam kuah tu, dan dah sebati dalam tempoh yg lama..warna agar2 tu akan pecah...alah...mcm baju yg luntur warnanya..so nampak x cantik warna kuah puding tu nnt..Apa2 pun terpulang pada selera masing2.

Wednesday, August 31, 2011

Cintamu..

To so somebody special...

Nota cinta lama..
Ku jadikan lagu..
Walau tidak seindah..
Bisik kata yang kau beri..

Tetap dalam hati..
Siang malam menanti..
Tak jemu aku dibuai kerinduan..

Belum pernah..
Ada getaran sebegini..
Memang benar aku dilanda..
Cinta kepadamu..

Bercahaya hidupku...
Dalam taman cinta...
Sehingga segalanya seperti pelangi..
Kau sambutlah rinduku..
Jangan lepas lagi..
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku..

Kini ku temui..
Insan yang ku sayangi..
Sentiasa disisi..
Bagai bintang yang berseri..

Tetap dalam hati..
Siang malam menanti..
Tak jemu aku dibuai kerinduan..
Belum pernah ada getaran sebegini..
Memang benar..
Aku dilanda..cinta kepadamu..

Bercahaya hidupku..
Dalam taman cinta..
Sehingga segalanya..
Seperti pelangi..
Kau sambutlah rinduku..
Jangan lepas lagi..
Ku pasti setia seteguh kasihku..
Buatmu..

Ada jawapan engkau berikan..
Bisaku rasa segala rahsia....
Kau pesona cinta.
Yang membawa..bahagia..

Bercahaya hidupku..
Dalam taman cinta..
Sehingga segalanya..
Seperti pelangi..
Kau sambutlah rinduku..
Jangan lepas lagi..
Setia seteguh kasihku..
Buatmu..





Saturday, July 16, 2011

Kisah Hati

Dah terlalu lama rasanya aku x menulis. Rindu.. kejap je skrg da abis study. Da keje pun.. syukurlah..semuanya satu permulaan melangkah ke satu lg alam kedewasaan. Terlalu byk klu nk diceritakan. Cuma mlm nie, disaat kisah hati ini ditulis..aku betul2 rasa sedih...mudah sgt air mata nk mengalir.. sedih dgn kebaikan insan2 disekeliling.. persoalaan aku KENAPA..???. Tapi bila dipikirkan semula, DIA menguji kita, sbb DIA tau dimana kekuatan kita, dimana hati kita. Walaupun berat, namun ada sesuatu disebaliknya yg aku sendiri blum nampak. Kerana DIA sentiasa merancang yg terbaik buat kita. Ya Tuhan..Engkau permudahkan laluan ini....