Wednesday, January 13, 2010

Avatar...Filem yang hampir sempurna


Minggu lepas aku pegi tengok citer Avatar dengan roomate aku. Mulanya rasa macam malas je nak tengok, macam tak best je. Tambahan pulak masa beli tiket tu, baru je ada 3 orang tengok, jadinya menambahkan lagilah keyakinan aku yang agaknya citer nie memang tak best. Namun disebabkan kami dah tak tau nak buat apa, maka tengok lah jugak citer nie. Tapi bila dah start..fuyooo..memang best lah, terpaku sekejap tengok, semuanya yang hampir sempurna. Memang berbaloi jugak aku tengok citer nie. Oklah sinopsisi citer nie lebih kurang macam nie lah..


Plot citer nie bermula dengan seorang lelaki bernama Jake Sully yang merupakan bekas anggota marin Amerika, dimana beliau mengalami lumpuh akibat peperangan. Jake telah terpilih untuk mengikuti prorgam pembuatan makhluk yang mirip dengan suku Na'vi di planet Pandora. Jake terdesak untuk mengikuti program tersebut yang memungkinkan beliau berjalan kembali. Jake akhirnya telah mengikuti operasi dihantar ke Pandora untuk mengenali dan belajar tentang Pandora dan penghuninya. Melalui avatar yang dikendalikannya, Jake kembali menjadi lelaki sejati dan mempelajari kehidupan di Pandora tanpa dibatasi oleh kelemahan fizikalnya. Uniknya kaum Na'vi merupakan makhluk cantuman daripada manusia dan kucing, memiliki ekor yang panjang, berkuping runcing tetapi tidak berbulu dan berwarna biru. Kaum Na'vi yang mirip manusia ini dikatakan memiliki kemampuan seperti manusia tetapi memiliki ketinggian yang lebih serta masih mengamalkan kehidupan secara primatif . Mereka juga tidak sukakan manusia memasuki planet mereka. Manusia amat berminat untuk menawan Pandora kerana, planet tersebut dikatakan memiliki mineral yang sangat berharga buat manusia. Maka itulah alasanya, kenapa manusia begitu berusaha untuk merampas Pandora walau apa cara pun. Namun begitu, usaha tersebut bukanlah semudah yang dibayangkan, kerana manusia turut menerima tentangan yang hebat daripada penghuni Pandora yang berusaha mempertahankannya.

Pandora merupakan sebuah planet yang ekzotik dengan keunikan tumbuhan, serangga, haiwan, taman tergantung dan persekitaranya yang sememangnya amat berbeza dan tiada di bumi. Pandora memiliki dua wilayah iaitu, wilayah yang indah, kehijauan dan keunikan serta wilayah yang penuh dengan bahaya dimana ia dihuni oleh haiwan yang ganas. Setiap agenda dan aksi dalam movie nie memang memuaskan.. semuanya adalah diluar bayangan aku sendiri. Rasa macam kita betul2 masuk dalam setiap pengembaraan citer nie. Kejutan dan aksi mendebarkan seperti , aksi Jake terjun dari jurang sambil menunggang Banshee iaitu burung naga yang menjadi tunggangnya, yang dikatakan memiliki kekuatan sama seperti kuda liar yang amat luar biasa serta pertarungannya dengan binatang buas, memang 'hidup'. Misi Jake bertambah sukar apabila dia mulai jatuh cinta dengan Neytiri, anak perempuan raja Omaticaya, yang banyak membantunya untuk belajar tentang kehidupan kaum Na'vi. Jake juga mulai seronok dan jatuh cinta dengan kehidupan barunya di Pandora. Ini menbuatkan Jake serba salah antara misinya untuk menyelamatkan bumi dan cintanya pada Neytiri dan kaumnya.

Kesudahan pada cerita nie adalah, Jake akhirnya telah bersama-sama kaum Na'vi untuk mempertahankan planetnya daripada dimusnahkan dan dirampas oleh manusia. Jake juga telah memilih untuk terus menjadi avatarnya dan mendiami Pandora dan meninggalkan kehidupan manusia sejatinya. So the conclusion of the movie is tidak semua yang kita hajatkan mampu kita miliki. Jangan kerana keinginan dan kehendak kita, maka kita sanggup merampas kebahagian dan kehidupan orang lain dan membiarkan orang yang dirampas kebahagianya terus sengsara dengan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidupnya..sadis sungguh..Kadang2 kita harus bertindak secara rasional, dengan membuat timbang tara yang sewajarnya. Memang sesetengah kaum itu hidup dalam kemunduran dan primatif, tetapi itu tidak bermakna kita berkuasa untuk merampas apa yang dimiliki oleh mereka. Tanah air mereka adalah warisan mereka. Fikirkan seandainya itu yang berlaku pada diri dan bangsa kita. Mereka perlukan bantuan dan bimbingan...bukan penindasan... AVATAR..filem yang mempunyai visual yang memukau..efek suara dan grafik serta teknologi 3D yang telus serta jalan cerita imaginasi fantasi yang berjaya dilakarkan dengan kreatif menjadi hampir realiti dan hampir sempurna..

No comments:

Post a Comment