Saturday, January 16, 2010

Kau masih menduga sehingga kini. Andaiku bersenda dengan teka teki. Seribu bayangan aku gambarkan masih lagi kau tak mengerti. Sedalamnya lautan tingginya bulan. Bisa disentuh dengan pengetahuan. Sepahitnya hempudu bisa ditelan. Jika itulah penawarnya. Inikan pula perasaan yang lahir dari jiwa dan kita sama-sama merasa denyut kasihnya. Bukan sengaja aku merahsiakan cinta, tapi curiga kau kan tersalah sangka, kerana kita rasa bangga bila dipuja dan rasa keji bila dihina, kerana kita menolak segala bencana dan asyik bergembira dengan nikmatnya. Sedangkan semua ini adalah takdirNya dan kita harus bersyukur sentiasa. Bukannya teka teki gurauan hati. Sekadar melindung kasih yang tersembunyi. Bukan mudah mencari kasih abadi, dalam terang ia sembunyi.

No comments:

Post a Comment